Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua
Pelangi merupakan fenomena alam yang cukup indah, hasil daripada pembiasan cahaya matahari, sumber cahaya yang sebenarnya mengandungi banyak warna. Maha suci Allah yang menciptakan langit dan bumi, serta segala yang ada diantaranya. Munculnya pelangi mengujakan setiap mata yang memandang, membingkiskan senyuman, mengusik perasaan dan pastinya membuatkan kanak-kanak menjerit keriangan. Namun seperti yang pernah dialunkan merdu oleh Allahyarham Sudirman dalam lagunya, hadir sang pelangi hanya sementara, persis seperti kehidupan ini, bersifat sementara. Pun begitu, hadirnya sang pelangi akan sentiasa dinanti, terbitnya akan sentiasa membeliakkan kelopak mata yang sendu, gemilang sinarnya akan sentiasa melebarkan bibir yang lesu, dek kerana keindahan, kedamaian dan ketulusan yang dipancarkannya, tiada tolok bandingnya.
Sebenarnya ada yang tersirat dalam penceritaanku tentang pelangi ini. Sang Pelangi yang aku kenal, seorang yang cukup periang. Pada wajahnya akan sentiasa terukir sebuah senyuman yang tulus dan mampu membuatkan orang lain turut tersenyum. Pandangannya sentiasa membisikkan sesuatu, yang terkadang sukar untuk ditafsirkan. Peribadi molek yang ditunjukkan membangkitkan rasa kekaguman. Seperti pelangi petang, aku kira dia juga membawa keindahan, kedamaian dan ketulusan. Kehadirannya dalam hidupku adalah sesuatu yang sangat bermakna. Aku benar-benar mengagumi Sang Pelangi ini. Ya, kagum. Aku kira ia sekadar sebuah kekaguman, dan mungkin penghormatan. Harapanku, agar kekaguman ini tidak akan pernah menggugat nilai cinta yang aku serahkan pada Tuhanku, dan aku tidak akan sekali-kali membiarkan Dia cemburu akan Sang Pelangi ini, kerana aku dan Sang Pelangi ini, kedua-duanya adalah milikNya.
Sejauh manakah kisah aku dan Sang Pelangi ini? Biarkan saja angin bayu Indera Mahkota menceritakannya.
every single words make me speechless..
ReplyDeletebtw,pelangi.memang cukup indah.penuh dengan warna warni.yup,pelangi persis sebuah kehidupan yang bersifat sementara.warna-warninya pula ibarat warna dalam kehidupan kita.terkadang sedih,terkadang gembira,terkadang terluka. Maha Suci ALLAH yang menjadikan segalanya.=)
thanks ain.. yeah, that's the reality of this life... colorful.. heheh
ReplyDeletethumbs up! pandai lah bermadah pujangga!:p
ReplyDeletebermadah pujangga? heheh sekadar berkongsi rasa. Ema, bile nk bermadah pujangga pulak?
ReplyDeleteerr ore x reti sgt nak bermadah pujangga neh, hehe..nati lah one day i'll try key:D
ReplyDeletekeep it up bro~
ReplyDeleteema: ko aku tawu, bermadah pujangga bile ada yg istimewa di hati la tuh...
ReplyDeletesyyhhh: thanks.. hu3
ehem, i can feel something here. :)
ReplyDeletehuhu, maybe I should ask someone.
but, good job. bila hati berbunga2, semua boleh tulis kan? :D heeee.
eh2.. anis bau ape pulak..? hehehehe mne ade ape2..
ReplyDeletehahaha, adha2..sapo dio eh sang pelangi tuh? oyakk sketttt...
ReplyDeletehahahahaha. rasa macam ada apa2 je. :D
ReplyDeletepelangi kan? wellll.... :))
ema: mano buleh oyakk.. nati ile la keistimewaae dio tuh... biar lah ore tawu dio sbg pelangi jah.. =)
ReplyDeleteanis: hehehe
Anis,anis tau ke???tell me tell me!haha
ReplyDelete