Saturday, April 16, 2011

Selepas Peperiksaan

Yeahhh. Hari ini aku rasakan seperti telah mendapat kehidupan sebenar aku semula. Semalam dapat hang out dengan kawan-kawan, dapat borak lama-lama, dapat makan sama-sama.

Tenang.
Aman.
Gembira.


Terima kasih kepada Jepah Cukelat, Aliaa Yazid, Kak Moja, Iza, Helmi, dan Wani. Kenangan makan steamboat insyaAllah akan tersemat dalam ingatan. Semoga geng pemberontak ini dapat reunion lagi pada masa akan datang. Terima kasih juga kepada Kak Tirah, Kak Sue, Nasir, Wan, Mizan, Akim, Awe dan Ijan. Seronok dapat menghabiskan masa bersama kalian semua. Moga mawaddah sentiasa mekar dijambangan ukhwah.

Keadaannya sungguh berbeza selepas tamat peperiksaan akhir semester 2 2010/2011. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Syukur yang tidak terhingga aku rafakkan ke hadrat Ilahi, kerana diberi kemudahan, dikurniakan ketenangan dan dianugerahkan ilham sepanjang tempoh berkabung menjawab peperiksaan. Moga-moga ada rezeki buatku untuk tersenarai dalam Dean's List. Perasaan teruja memuncak dalam diri memandangkan aku berjaya memungut Carry Marks yang tinggi dalam empat daripada enam subjek yang aku ambil pada semester ini. Okay, tipu. Semuanya berada pada paras bahaya, sebenarnya. Aku hanya mampu berharap agar peperiksaan akhir ini dapat menyumbang kepada markah lulus. Aku tidak mahu fail. Ya, aku tidak mahu fail. Okay, apa kata kita lupakan dulu soal peperiksaan? Mari kita meraikan kejayaan menamatkan semester ini dengan BBQ!!

5 comments:

  1. x aci..x kua makan dengan aku pun.hahaha..
    eh,aku baru perasan ada muke ahmad kat banner kau.hahah

    ReplyDelete
  2. haha nak keluar macam mana ain, kau dah balik awal2 lagi dah... huhu erm, ha'a.. muke amad.. aku curik2 je letak tuh.. dia xtaw pun... haha

    ReplyDelete
  3. hahahah...tula...excited nak balik.ko da kat kedah ke?

    ReplyDelete
  4. hahahaha..tipu konon. betul la tu~

    ReplyDelete
  5. ehh..betul la... keh3.. results kite teruk sem nie...

    ReplyDelete