Demi mengubat kekecewaan akibat tidak dapat mendaki Gunung Chamah Ulu Sepat dan juga Gunung Tapis. Kami mengambil keputusan untuk menawan puncak Bukit Galing. Ya, Bukit Galing, menurut Global Positioning System (GPS) pada iPad milik Ammar, atau lebih dikenali sebagai Bukit UIA dalam kalangan pelajar-pelajar disini. Aku pernah memasuki hutan itu, beberapa bulan lalu bersama dua orang rakan sebilik aku, Ijan dan Shahdan. Bukan calang-calang juga laluannya, semak-samun, paku pakis dan pokok-pokok balak yang tumbang menutup laluan yang telah dibuat oleh pendaki sebelum ini. Kemungkinan untuk sesat memang ada. Tetapi kali ini aku lebih berkeyakinan untuk mendaki bukit ini. Kenapa? Kerana adanya Ammar, Amir dan Abu. Senior brothers yang berpengalaman. Walaupun beza umur kami tidak jauh mana, mereka tetap makan garam lebih awal berbanding aku. Oh ya! Dalam kumpulan kami kali ini, aku lah yang paling muda. Walaupun Zaimi dan Akim sama batch dengan aku, hakikatnya mereka setahun lebih tua.
Dari kiri: Amir, Zaimi, Abu, Ammar, Akim, Adha
Kami memulakan perjalanan pada pukul 11.00 pagi. Turun dari bangunan Franky dengan backpack besar dan parang panjang pastinya menimbulkan tanda tanya pada sesiapa yang melihat. Namun, rasa segan itu tidak sedikitpun menjatuhkan semangat kami. Geli hati melihat gelagat orang di cermin tingkap setiap kenderaan yang menyusur sewaktu kami hendak melintas jalan untuk ke kaki bukit. Masing-masing menunjukkan reaksi kehairanan, seolah-olah kami sedang melakukan sesuatu yang sangat pelik. Kami memilih untuk mula mendaki dari tangki air yang terletak betul-betul dihadapan Mahallah ini. Pagar dawai yang memagari kawasan tangki air disitu telah dipotong, memberi laluan mudah untuk kami masuk ke hutan dan memulakan pendakian.
Aku disuruh berada di depan sekali, mengepalai pendakian ini. Rasa takud dan gementar bermaharaja dalam diri setiap kali kaki melangkah. Benar seperti yang aku sangkakan, banyak pokok telah tumbang dan menutup laluan yang sedia ada. Ada juga tanah yang runtuh, mungkin kesan hujan lebat. Lalu, bermacam-macam perkara bermain dalam kotak fikiran. Macam mana kalau tiba-tiba aku terserempak dengan babi? Macam mana kalau tiba-tiba aku terpijak ular? Begitulah ilusi yang mengganggu fikiranku sepanjang pendakian itu. Adakalanya aku menghentikan langkah, memastikan dihadapanku benar-benar selamat sebelum aku meletakkan langkah yang seterusnya.
"Adha, kau jalan aje terus ke depan, biar yang dibelakang tebas pokok-pokok nih." Amir memberi arahan ketika aku cuba menebas pokok-pokok disekelilingku untuk memastikan laluan itu kelihatan lebih jelas. "Jangan tebas pokok-pokok yang tak perlu ditebas, yang perlu sahaja," sambung Amir lagi, tegas. "Oke..." Aku menurut sahaja sambil tersenyum. Memang aku menghormati Amir seperti abang aku sendiri dan aku sudah faham benar sikap Amir, walaupun kadang-kadang suara Amir tinggi dan agak kasar hingga boleh membuatkan aku terguris hati.
Selepas 3 jam, kami sampai di puncak. "Ya, betullah nih! Inilah puncaknya! Yeay kita dah sampai!" Jerit Amir yang kali ini sudah berada di hadapanku. "Erm, tak ada rupa macam puncak pun.. Gelap, tak ada kawasan lapang, tak ada view, tak best nya!" bisik hatiku. Rupa-rupanya dahulu ada kawasan lapang, tetapi kini kawasan lapang itu telah tertutup oleh timbunan dahan pokok yang tumbang.
"Oh, ada lagi satu puncak, ini bukan puncaknya lagi," tiba-tiba Ammar bersuara sambil melihat GPS. Lantas kami semua mengerumuni Ammar, untuk melihat sendiri dan mendapatkan kepastian. Okay, sekarang kami berada di ketinggian 240m, puncak yang pertama. Puncak yang tertinggi terletak tidak jauh dihadapan, di ketinggian 280m.
Untuk bermalam di puncak, seperti biasa, kami harus melapangkan kawasan. Di situ terdapat sebatang pokok yang reput dan hampir tumbang. Bimbang akan risiko dan bahaya yang bakal kami hadapi, kami mengambil keputusan untuk menebang pokok itu. Lama juga masa yang diambil untuk menebang pokok itu. Setiap seorang bergilir-gilir menakik batang pokok itu. Tangan aku tidak kuat lagi, sakit dan pedih kian terasa. Aku membantu sedikit sahaja menakik pokok itu, selebihnya sahabat-sahabat inilah yang banyak bertungkus lumus.
Berbekalkan wuduk yang masih belum terbatal, kami menunaikan solat Asar. Solat di bawah fly sheet yang dipasang rendah itu agak menyukarkan. Kami terpaksa tunduk membongkok. Cuma Akim seorang sahaja yang mampu berdiri tegak. "Kelakar la tengok korang sembahyang, dah la tunduk macam tuh, kangkang pulak luas-luas.. punya la nak bagi muat!" kata Akim diiringi gelak tawanya yang comel itu. Mentang-mentang dia rendah.
Malam itu kami makan Maggi, yang dimasak oleh Amir, Abu dan Zaimi. Suasana sejuk, masakan panas, dan pemandangan indah melengkapkan perkhemahan kami di puncak Tabispunn. Berada di tengah puncak dan dikelilingi bandar yang indah bermandikan cahaya benar-benar mengagumkan. Di sebelah kiri kami dapat melihat kawasan perumahan Indera Mahkota 8 yang terang benderang. Di sebelah kanan pula cahaya lampu yang menerangi kawasan perindustrian Semambu dan Pahang Skill Development Centre menambah keindahan malam. Terasa puas dapat berada di situ. Selesai makan dan solat, kami mula merebahkan diri, untuk beradu sambil menikmati kedinginan dan kesegaran malam di situ.
Perjalanan yang singkat tetapi menyeronokkan, dan menghiburkan bagi aku. Di setiap langkah, terdapat benda baru yang boleh dipelajari. Ekspedisi kali ini aku rasa lebih mengeratkan ukhuwwah kami. Walaupun hanya lebih kurang 24jam berada di dalam hutan Bukit Galing itu, cabaran yang terpaksa kami tempuh membawa kami bersama-sama saling membantu dan bekerjasama. InsyaAllah, aku akan lebih kerap berkunjung ke Puncak Tabispunn selepas ini.

Kami berada di titik merah, sementara titik biru itu adalah puncak tertinggi.
Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. "Kita berehat disini dulu lah, lepas makan dan solat nanti, kita teruskan ke puncak," cadang aku. "Ok jugak, kita buat campsite kat sini lah, kita clear kawasan ni dulu, jom!" sahut Akim bersemangat. Selepas semua merebahkan beg masing-masing, kami memulakan kerja-kerja membersihkan dan melapangkan kawasan itu, untuk dijadikan campsite. Nanti kalau nak bawa ahli-ahli ARC mendaki bukit ini, kami sudah ada tempat untuk berehat, nak camping pun boleh. Selesai menebang dan mencantas pokok-pokok, kami memasang fly sheet untuk berlindung daripada hujan.
Inilah wajah baru campsite yang kami namakan sebagai Puncak Tipupunn.
Kami mengisi perut dengan nasi goreng yang Amir dan aku goreng di bilik Akim, sebelum kami bertolak pagi tadi. Sedap! Itu sahaja yang mampu diungkapkan. Telur dadar yang lembut itu menjadi penambah selera. Usai melahap, kami cepat-cepat berwuduk dan menunaikan solat Zohor. Zaimi mengimamkan solat kami.
Perjalanan diteruskan menuju ke puncak yang berketinggian 280m. Tidak ada seorang pun daripada kami yang pernah sampai ke puncak itu. Sepanjang perjalanan, kami menemui beberapa kawasan lapang dan laluan lori balak. Akhirnya, kami berjaya juga menawan puncak tertinggi itu. Kami sebulat suara menamakan puncak tu sebagai Puncak Tabispunn, nukilan daripada sikap dan semangat kami yang tak habis-habis. Tidak berjaya mendaki Gunung Chamah Ulu Sepat, kami merancang ke Gunung Tapis. Tidak berjaya mendaki Gunung Tapis, mendaki Bukit Galing pun jadilah.
Perkataan "punn" pula terhasil kerana sepanjang perjalanan kami menghiburkan hati dengan mengajuk cara Johan Raja Lawak meniru gaya percakapan orang Cina. Kelakar, comel dan geli hati. Kami juga meniru gaya pelakon-pelakon siri Chapalrela yang kami tonton di Youtube dan sememangnya lucu. Panggilan "baby" tidak pernah lekang dari bibir kami, terutama aku dan Akim. Begitulah kami bersenda gurau dalam mengeratkan silaturrahim.
Untuk bermalam di puncak, seperti biasa, kami harus melapangkan kawasan. Di situ terdapat sebatang pokok yang reput dan hampir tumbang. Bimbang akan risiko dan bahaya yang bakal kami hadapi, kami mengambil keputusan untuk menebang pokok itu. Lama juga masa yang diambil untuk menebang pokok itu. Setiap seorang bergilir-gilir menakik batang pokok itu. Tangan aku tidak kuat lagi, sakit dan pedih kian terasa. Aku membantu sedikit sahaja menakik pokok itu, selebihnya sahabat-sahabat inilah yang banyak bertungkus lumus.
Berbekalkan wuduk yang masih belum terbatal, kami menunaikan solat Asar. Solat di bawah fly sheet yang dipasang rendah itu agak menyukarkan. Kami terpaksa tunduk membongkok. Cuma Akim seorang sahaja yang mampu berdiri tegak. "Kelakar la tengok korang sembahyang, dah la tunduk macam tuh, kangkang pulak luas-luas.. punya la nak bagi muat!" kata Akim diiringi gelak tawanya yang comel itu. Mentang-mentang dia rendah.
Malam itu kami makan Maggi, yang dimasak oleh Amir, Abu dan Zaimi. Suasana sejuk, masakan panas, dan pemandangan indah melengkapkan perkhemahan kami di puncak Tabispunn. Berada di tengah puncak dan dikelilingi bandar yang indah bermandikan cahaya benar-benar mengagumkan. Di sebelah kiri kami dapat melihat kawasan perumahan Indera Mahkota 8 yang terang benderang. Di sebelah kanan pula cahaya lampu yang menerangi kawasan perindustrian Semambu dan Pahang Skill Development Centre menambah keindahan malam. Terasa puas dapat berada di situ. Selesai makan dan solat, kami mula merebahkan diri, untuk beradu sambil menikmati kedinginan dan kesegaran malam di situ.
Keesokan pagi: Kami bersarapan dengan Cucur Adabi dan Teh Panas.
Pada pukul 9.08 pagi, suhu disitu adalah 23 darjah Celsius.
Perjalanan yang singkat tetapi menyeronokkan, dan menghiburkan bagi aku. Di setiap langkah, terdapat benda baru yang boleh dipelajari. Ekspedisi kali ini aku rasa lebih mengeratkan ukhuwwah kami. Walaupun hanya lebih kurang 24jam berada di dalam hutan Bukit Galing itu, cabaran yang terpaksa kami tempuh membawa kami bersama-sama saling membantu dan bekerjasama. InsyaAllah, aku akan lebih kerap berkunjung ke Puncak Tabispunn selepas ini.
wah.. hati kecil boleh terguris rupenya~
ReplyDeletehahaha, best²~ lepas ni update pengalaman byk² mesti ramai dtg baca,
boleh terguris je.. belum terguris lagi.. keh3.. terima kasih kerana memberi sokongan~
ReplyDeletehahaha.. xpe tergurisnya hati tanda hati sensitif,
ReplyDeletesensitifnya hati menunjukkan hati tu Hidup, sama2..
kenapa kat blog tak boleh nak like comment macam kat Facebook.. hehehe nak like comment rizQan.
ReplyDeleteadha, amir..biasalah. hati ini juga pernah terguris lalu menanges!! huhu.
ReplyDeletetp sabar je lah.
ouh, patutla dlm message pun duk punnn n baby2. geli okay~ hahahha
heheh...tapi dalam garang2 tu pun, dia baik jugak kan..
ReplyDeleteowh, kantoi la akak pegang phone orang tue ea.. jeng3.. ;P
mane ade pegang punn~
ReplyDeletemasa tu kat rumah. wekk3. haha.
xde apa2 punnnnn~
eh2.. ada orang blushing pulak.. ;)
ReplyDelete