Tuesday, February 1, 2011

Kekecewaan Berganda

Assalamualaikum warahmatullah.. Ya, ini entri yang pertama. Bukan aku baru mengenali dunia blogging ini, bukan aku tak punya blog sebelum ini, tapi sengaja aku delete kerana sudah lama aku tinggalkan tanpa updates. Entah mengapa, hari ini, tiba-tiba sahaja aku seperti dihembus semangat baru, untuk memulakan semula aktiviti blogging ini. Moga-moga ini bukan hangat-hangat tahi ayam. 

Mendaki, itu kegemaranku. Aku seorang pendaki. Ya, aku merasa bangga menggelarkan diriku seorang pendaki. Aku merasa bangga menjadi salah seorang pencinta alam yang hijau ini. Aku merasa bangga dan bersyukur kerana diberi peluang olehNya untuk menikmati, menghayati dan menghargai alam ini. Semoga cinta pada pendakian dan alam ini membawa aku dekat padaNya.

Alkisahnya begini, cuti pertengahan semester bermula pada Sabtu yang lalu, 29 Januari 2011. Pada tarikh itu juga sepatutnya aku bertolak ke Gua Musang, Kelantan, untuk memulakan pendakian Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat. Ekspedisi yang sepatutnya berakhir pada 5 Februari 2011 itu membuatkan aku telah merancang untuk tidak pulang ke kampung halaman pada cuti kali ini.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Sebagai manusia, aku hanya mampu merancang, Dia yang Maha Menentukan. Ekspedisi kami terpaksa ditunda ke hujung semester kerana kami tidak berjaya mendapatkan bas universiti untuk menghantar dan menjemput kami ke destinasi pendakian. Kalau nak disewa bas sendiri, tinggi pula budgetnya nanti. Erm, aku sedikit kecewa, tapi apa boleh buat, aku tak punya pilihan lain. Aku terpaksa akur dengan takdirNya.

Lalu para peserta ekspedisi pun membawa haluan masing-masing. Ada yang pulang ke kampung halaman, ada yang berkunjung ke rumah saudara mara, ada juga yang memilih untuk tinggal di sini, di Kuantan ini. Akulah orang itu! Ya, aku memilih untuk tetap tidak pulang. Satu keputusan yang mengundang pelbagai reaksi dan spekulasi daripada rakan-rakan. Wah, rasa macam artis pulak. Erm, ramai yang pelik dan hairan, tidak kurang juga yang mempersoalkan.

"Kenapa tak balik? Tak rindu family ker?"

"Kau tak sayang mak kau eh?"

"Pergi la balik! Kesian mak kat rumah tuh!"

"Adha kan dah lupa daratan!"

Walau apapun, aku punya alasan aku sendiri, yang mungkin sukar difahami orang lain. Aku cuma berharap agar keputusanku tidak disalahertikan. Siapa tak sayang ibu sendiri, siapa tak sayang keluarga sendiri? Aku cuma perlukan sedikit masa untuk aku mengulangkaji pelajaran, yang aku rasa telah jauh meninggalkan aku yang masih terkebil-kebil di belakang. Aku perlukan masa, mungkin sebahagian daripada cuti ini boleh aku gunakan untuk membina semula keyakinan diri ini, dan aku rasa inilah peluang terbaik yang aku ada!

Namun begitu, aku tidak terus memadamkan semangat untuk mendaki yang telah berkobar-kobar dalam diri. Ammar, seorang senior dalam Adventure and Recreational Club, IIUM Kuantan telah merancang untuk membawa kami mendaki Gunung Tapis. Akim, Zaimi, Amir dan Abu juga bersetuju untuk mengikut rancangan Ammar. Maka kami berenam sepakat untuk mendaki Gunung Tapis yang terletak di Sungai Lembing.

Hari Sabtu, 29 Januari 2011 kami peruntukkan untuk membuat segala persiapan, membeli bekalan ration untuk 3 hari dan perkakas-perkakas lain seperti headlamp, battery, parang dan kasut cap gajah. Pada malam harinya, kami berkumpul di bilik Akim, di 2.1 Franky (Mahallah At-Tabari) untuk pembahagian ration dan sesi packing barang. Kami bersembang rancak pada malam itu, maklumlah, dah lama tak dapat peluang untuk berkumpul bersama-sama macam nih. Abu tak habis-habis nak menyakat aku dengan seorang budak perempuan first year tuh. Budak ARC juga, dari Kulliyyah of Allied Health Sciences. Tersipu-sipu juga aku dibuatnya. Amir pula jong tokok tambah, dia sentiasa ada untuk back up Abu.

Ahad, 30 Januari 2011. Amir mengejutkan aku seawal jam 5.30 pagi. Rasa mengantuk yang masih membelenggu diri tidak dapat melawan leteran Amir yang kuat itu.

"Adha, bangun! Cepat! Cepat! Pukul berapa nak bertolak nih!"

Aku bingkas bangun, solat subuh, dan menyiapkan diri. Suasana pagi yang sejuk itu membatalkan niatku untuk mandi. Aku sekadar menggosok gigi dan mencuci muka. Cukup lah tu. Aku, Akim, Zaimi, Abu dan Amir masing-masing bakal menunggang motosikal ke Sungai Lembing, sementara Ammar bakal menaiki kereta bersama dengan Imad, yang sudi membantu menghantar kami. Semua backpacks dimasukkan ke dalam kereta Proton Wira milik Imad bagi memudahkan kami menunggang motosikal.

Oh! Tidak! ...Hujan! Macam mana nak teruskan perjalanan?

Entah mengapa kami seperti tidak mengendahkan hujan yang turun mencurah-curah itu. Selepas breakfast di Restoran Taj, kami meneruskan perjalanan meredah hujan dan kabus pagi yang dinginnya menusuk hingga ke tulang itu. Sesampainya kami di Sungai Lembing, kami bertemu seorang lelaki berusia 50an. Dia mengenalkan dirinya sebagai Pak Cik Din. Pertemuan dengan Pak Cik Din bukanlah sesuatu yang menggembirakan aku kerana Pak Cik Din menasihatkan kami untuk tidak meneruskan rancangan kami.

Dush!! Sekali lagi kekecewaan bertakhta di mindaku. Hujan lebat yang mencurah-curah telah menyebabkan air sungai naik ke paras bahaya. Ya, satu alasan yang membuatkan kami kalah, rebah, jatuh tersungkur menyembah bumi dan tak mampu melawan lagi. Lalu kami menggenggam kekecewaan itu dan sebulat suara untuk pulang ke Kuantan dan menghabiskan waktu pagi itu di swimming pool yang terletak di Kompleks Belia Kuantan. InsyaAllah kami pasti akan datang lagi apabila cuaca mengizinkan nanti kerana kami bukan calang-calang pendaki!


6 comments:

  1. oh ho.. senyap² ada fair dgn bdak 1st year ni~
    hahaha ^__^

    ReplyDelete
  2. gosip jer tu bang.. tak ade apa-apa pun.. =)

    ReplyDelete
  3. hahahahha. adha, dengan faiqah eh? hehehe..sabar je la..abu memang. asal dapat point je, memang kena bahan. sabar2. bgtahu abu, faiqah dah ade bf dah. hehe..

    ReplyDelete
  4. Abu la yang nak sangat kot.. excited semacam je dia tuh.. huhu mesti dia kecewa kalo tahu Faiqah dah ada bf..

    ReplyDelete
  5. hahaha..mentang2 budak tu comel. abu salu kot stalk page faiqah sebab mesti ade je dia menyelit kalo ade post kat wall faiqah tu. haha. abu2..slumber je kenakan org.

    ReplyDelete
  6. mmmmm... dah faham sekarang.. abu memang ade hati kat faiqah la tuh... hahahaha

    ReplyDelete