"Teman ketawa senang dicari, teman menangis sukar dicari"
Kau rasa pepatah itu benar? Kau rasa kau dah jadi sahabat yang baik dan layak digelar sahabat sejati? Biar apapun jawapan kau, biar apapun pendapat kau, aku punya kisah untuk dikongsi.
Kisah pertama - sahabat ketika aku sihat walafiat.
Pernah suatu ketika, aku punya seorang sahabat, yang aku anggap cukup istimewa. Aku menjadi rapat dengan dia kerana kami berkongsi minat yang sama, hobi yang sama. Aku sering mengisi masa terluang bersamanya dengan aktiviti-aktiviti yang kami minati. Ditakdirkan, suatu hari, aku jatuh sakit. Ya, sakit teruk, dan risiko untuk penyakit ini berjangkit sangat tinggi. Ketika aku terlantar sakit, jauh dari keluarga, jauh dari ibubapa, sudah pasti orang yang paling aku harapkan untuk berada disisi adalah seorang sahabat sejati. Namun, harapan itu hanya tinggal impian, yang usang dan tak kesampaian. Sahabat yang aku sanjung tinggi langsung tidak menjengukku. Mungkin kerana takut dijangkiti penyakit itu, dia sanggup membiarkan aku kelaparan, dia sanggup membiarkan aku sendirian. Mungkin dia lebih selesa bersama aku pada masa senang. Mungkin dia tidak sanggup berkongsi kepedihan dan kesusahan yang aku lalui itu. Alhamdulillah, aku mampu mengharungi dugaan itu, aku mampu bertahan dan kembali sihat seperti biasa, tanpa dia yang aku anggap sahabat sejati itu.
Kisah kedua - Sahabat ketika aku punya wang.
Pernah suatu ketika, aku punya seorang sahabat, yang aku anggap cukup istimewa. Pada waktu itu, kami bagaikan kembar siam, ke manapun pasti bersama. Sarapan, makan tengahari, rekreasi, makan malam dan sebagainya, pendek kata, ke mana sahaja dia pasti mengajak aku bersama.
"Bro, jom kita makan KFC!"
"Jom Secret Recipe petang nih.."
"Bosan la hari nih, jom tengok wayang jom!"
"Jom karok? Lama tak melepas gian nih.."
Aku bukan dari keluarga yang senang. Tetapi, aku menurut semuanya. Erm, memang ketika itu aku dikurniakan rezeki yang lebih. Jadi, diajak kemana sekalipun, aku pasti menurut, tiada bantahan. Kadang-kadang, aku yang berbelanja untuk dia. Ketika poketnya menipis, aku tidak lokek untuk support dia.
"Hari ini, aku tolong dia. Esok lusa, bila aku tak ada duit, mungkin dia boleh tolong aku balik." begitulah aku mengikhlaskan diri.
Allah itu Maha Kuasa. Dia tunjukkan aku siapa sebenarnya sahabat yang aku sanjung tinggi menjulang itu. Apabila sampai turn poket aku menipis, aku keseorangan. Tiada lagi pasangan kembar siam yang melekat bagai belangkas suatu ketika dahulu.
Pergi KFC pun senyap-senyap, balik buang kotak KFC dalam tong sampah kat tepi pintu.
Pergi tengok wayang pun, dengan membe-membe yang lain saja, balik tampal tiket wayang kat locker.
Jangankan nak ajak lunch, nak tanya aku sudah makan atau belum pun tidak.
Bukan aku mengungkit segala apa yang pernah aku kongsikan, jauh sekali untuk menuntut balasan. Aku cuma terkilan, mempunyai sahabat seperti itu.
Kisah ketiga - Sahabat ketika aku punya sedikit pengaruh.
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana mengenali dan mesra dengan ramai seniors di universiti. Tidak dinafikan, mengenali mereka memberikan laluan mudah untuk aku melibatkan diri dalam aktiviti persatuan. Setiap kali aku mendapat peluang untuk mengendalikan sesuatu program, aku tidak pernah melupakan sahabat-sahabatku yang lain. Aku memberi peluang untuk mereka terlibat sama. Oh ya, sebelum terlupa. Pernah suatu ketika, aku punya seorang sahabat, yang juga aku anggap cukup istimewa.
Ya, seperti kisah yang sebelum ini, sahabat yang aku sayang ini sentiasa berada disampingku dan sering bertanyakan kalau ada aktiviti-aktiviti yang boleh kami kendalikan. Oleh sebab aku sayang akan dia dan persahabatan itu, aku sering menjual namanya untuk terlibat dalam mana-mana programme. Terkilan sekali lagi, apabila mendapat tempat yang selesa, jangankan dia ingin mendekati aku, memandang aku pun tidak. Aku dilayan seperti seseorang yang tidak dikenali, lebih teruk lagi, seperti musuh. Astaghfirullah.. Bukan jawatan dan kemegahan itu yang aku kejarkan sahabatku. Kalau kau nak semua itu, kau ambillah. Aku cuma sayangkan persahabatan kita. Tetapi kalau kau rasa aku menjadi penghalang untuk kau membina pengaruh, aku redha. Apa aku boleh buat.
Sekarang bagaimana? Kau rasa pepatah itu benar? Ya, hidup kita memang berbeza. Tidak semestinya kau lalui apa yang aku lalui. Tidak semestinya kau rasa apa yang aku rasa. Tetapi aku yakin, pepatah itu memang benar! "Teman ketawa senang dicari, teman menangis sukar dicari"
Jadilah sahabat yang ikhlas, yang bersahabat bukan kerana kepentingan diri, bukan kerana harta, bukan kerana pangkat dan pengaruh. Jadilah sahabat yang bersahabat kerana Allah, kerana sesungguhnya Allah sayang akan hambaNya yang bersilaturrahim.
Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, kita pasti dapat menumpang keharuman wangiannya.
Sahabat yang tidak baik seperti tukang besi, walaupun kita tidak terkena percikan api, kita masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.
pepatah ni sangatla benar. Kawan yang macam ni x ikhlas. Menggunakan seseorang untuk kepentingannya sendiri. Btw, ak harap ak x tergolong dalam golongan di atas. Kalau pernah, I'm sorry.. HUu
ReplyDeletehuhuhu.. kadang2 kita dah berusaha utk jadi yg terabik buat sahabat kita, tp mungkin masih ada kekurangan yg kita x dapat elak, harapan utk diri rizQan sendiri supaya hari esok adalah lebih baik, n kalo la rizQan salah sorang dr citer kat atas.. minx maaf sgt2, :D
ReplyDelete:) kawan datang dan pergi, tapi kalau dapat kawan sejati tu, memang satu rahmat kan? :D
ReplyDeleteAin, RizQan, tak mungkin kamu sebahagian daripada kisah di atas. Ya, harapnya tidak.. sampai bila-bila pun. ;) Erm, betul anis, kalau dapat kawan sejati, memang satu rahmat yang besar, jadi bersyukur dan hargailah rahmat kurniaan Dia itu.
ReplyDeleteadha, asal aku rasa bahasa ko ala2 indon ni.macam terpengaruh dengan bacaan ko tu je?hehehe
ReplyDeletebtw,alhamdulillah ak x tergolong.semoga dijauhkan,insyaALLAH
Heheh, ada gaya bahasa indonesia eh? tak ada lah.. aku cuma suka menggunakan bahasa baku.. hehehe erm, aku pun mintak jauh, kalau ada salah silap tegur-tegurlah ye ;)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesori kalau aku pon macam tu tanpa sedar :(
ReplyDeletehahaha.. thanx, nyway kalo rizQan ada buat salah, feel free utk tegur k ^__^
ReplyDeleteeh,ape yang komen tetel tu yg kene removed tu.(sibk je).hahaha
ReplyDeletebtw,ada sikit kot.tapi best je.daripada bahasa EUWWW..haha
tak tahu la, Tetel sendiri yang remove. Heheh, nome! nome! haha
ReplyDeletehahahaha.nomei nye!ta terkatew kitew taw.hahaha
ReplyDelete(geli ok)haha
adha, benar. kawan utk susah senang bersama sgt sukar utk dicari!!!
ReplyDeleteakak pernah ade sahabat sejati yg sudah diangkat ibarat sibling sndri. tapi, yela..langit tidak sentiasa cerah~ "kawan makan kawan" itulah pepatah yg paling tepat.for now, dah jd musuh. xsangka kan? kita punye la baik buat kat dia..hmmm...sedeh!=((
macam tawu je kawan yang akak maksudkan tue.. tak per, belajar daripada apa yang kita lihat, jangan sampai kita pun jadi macam tuh.. kan? kan? kan?
ReplyDeleteye ye ye. huhu. doa agar dia berubah!
ReplyDelete