Perut terasa kenyang, yang teramat sangat. Nak tidur, sepertinya terlalu awal. Rasa gembira dan bersyukur kerana dapat meluangkan masa untuk makan malam bersama teman-teman rapat tadi. Ya, sudah lama aku tidak mempunyai peluang untuk makan malam bersama mereka, sebab itulah aku terasa sangat gembira.
Kedai makan di Jalan Sekilau menjadi pilihan kami pada malam ini. Nama kedainya, aku tak tahu. Mungkin tiada signage atau aku sendiri yang tidak perasan. Di situ ada banyak kedai, kami makan di kedai yang bertentangan dengan kedai Murtabak Mengkasar. Nama kedai murtabak itu langsung melekat dalam ingatanku kerana papan tanda hijaunya itu terbentang sebesar-besar alam. Tambahan pula, sahabat-sahabat tadi merengek hendak makan murtabak.
Afiqah atau lebih senang aku panggil Tetel, Ain Wahidah, dan Raihan menaiki kereta Shahdan. Sementara aku hanya menunggang motosikal, dengan Ijan. Aku dan Ijan tiba lewat beberapa minit kerana kami telah berjanji dengan Imad untuk sama-sama makan malam. Hari ini Imad menunjukkan kepakarannya memasak. Lokasi memasak, pastinya di bilik Amir kerana segala perkakasnya lengkap. Ikan siakap yang dibeli Imad dari Kelantan itu menjadi menu utama untuk santapan kami. Usai solat Isyak, kami bergegas ke bilik Amir. Lucunya, kami merahsiakan hal itu dari pengetahuan Shahdan. Kami menyuruhnya menjemput gadis-gadis terlebih dahulu, manakala kami akan menyusul kemudian nanti.
Sungguh menyelerakan ikan siakap masak masam manis hasil air tangan Imad itu. Walaupun perut sudah kenyang, kami masih nak pergi makan. Apa nak buat, dengan Imad sudah berjanji, dengan gadis-gadis ini pun sudah berjanji. Janji haruslah ditepati. Di Jalan Sekilau, aku order nasi goreng ayam dengan air jagung cincau. Air jagung cincau nampaknya sungguh menggoda, sementara nasi goreng ayam.. sungguh membosankan. Iyelah, perut sudah penuh, pastinya nasi goreng yang lazat itupun nampak membosankan.
Perlahan-lahan aku menyuapkan nasi ke mulut. Terasa berat untuk menghabiskan sepinggan nasi itu, tapi alhamdulillah aku mampu menghabiskannya. Tidaklah membazir. Ijan pula menghadiahkan sebahagian koey teow goreng hitamnya kepada Shahdan untuk dihabiskan. Kami berbual rancak dan bersenda gurau sepanjang berada di sana. Ya, sudah lama aku tidak merasakan kemesraan sebegitu, timbul pula rasa rindu. Rindu yang membawa aku kembali mengenangkan saat-saat manis semasa di Pusat Asasi UIAM dua tahun lalu. Memang kami rapat sejak berkenalan di Pusat Asasi. Pantang berjumpa, ada saja modal untuk bergosip dan usik-mengusik. Kehadiran Zaimi dan Zainal juga menambah kemeriahan suasana, walaupun mereka baru sahaja makan di Celup Corner.
Oh ya! Kisah mereka yang merengek-rengek nak makan murtabak tadi. Erm, kami tidak pula memesan murtabak itu. Adakah sahabat-sahabat ini hanya bergurau... atau serius, aku kurang pasti tentang itu. Yang pasti, aku sangat kenyang.. dan aku gembira dapat meluangkan masa pada malam ini bersama mereka. Kami menamatkan edisi pertemuan ini dengan gelak tawa yang penuh kemesraan. Semoga bertemu lagi di edisi pertemuan akan datang. Selamat malam.
patot la korang xmakan banyak,pastu suruh aku gerak dulu
ReplyDeleteEh, aku makan banyak jugak.. hehehe... ;p
ReplyDeleteaww. tacing :D
ReplyDeletehahahaha...nice2.when the next time?sebab tetel plak nak blanje.haha
ReplyDeletewargh. boleh2. tp nnt bila aku ada duet la. haha
ReplyDeletemakanan yg rizQan rasa paling special kat kedai makan sekilau (depan mengkasar) tu semestinya Nasi Goreng Belacan, sejak kali pertama makan kat situ.. sekali pun x penah ubah menu, test la rasa sendiri (",)
ReplyDeleteheheh...insyaAllah ye.. aku tuntut nanti yer.. ;)
ReplyDeleteoh, lupe plak aritu jmpe rizQan makan dgn pudin kat situ.. erm, mesti makan nasi goreng belacan jugak time tuh kan.. hehe
whoa tetel!!kompem aku menuntut!!!serius..hahaha
ReplyDeleteadha,lain kali ubah menu ye.test nasi goreng belacan dye.haha.xmo dah nasi goreng ayam.haha
Ha'a kan.. nak try la nasi goreng belacan, nak ckp kat si abg raihan tuh, "Rizqan cakap nasi goreng belacan kat sini sedap? saya nak cuba eh.." ;)
ReplyDeleteGosip panas: balik dari makan semalam, ada seseorang cakap, "cantik ea senyuman orang tuh, suka aku tengok.."
abang raihan!hahaha.yang zainal excited gile pandang muke dia.haha
ReplyDeleteehem,sape seseorang tu and sape orag tuh?cepat2..tell me.haha
ahaha.. tak sangka zainal begitu excited nak tengok abang tuh.. punya lah power aku describe abang tuh kan.. haha
ReplyDeleteerm, dua-dua pun tak boleh diberitahu.. heheh.. tapi orang tuh suruh aku bagitau.. tak pasti lah sama ada dia bergurau atau serius.. biar aku confirm kan dulu..heheh
hahaha.abang baju koko = abang raihan.haha
ReplyDeleteeh,orang tu suruh ko bagitau dalam blog ke?haha
wahhh terharu! NICE POST! tapi kurang cikit umphhh sebab tak banyak pujian untuk aku. lagi menarik kalau letak gamba aku. HAHAHAHA~
ReplyDeletep/s : nanti dtg cts nak mkn gitau aku. duet aku ade save untuk kau.. hekhek
*raihan cute*
heheh,, raihan kenapa tak bagi link blog anda? jeng3..
ReplyDeleteokeh.. aku dtg nanti, time dorg masak lauk banyak2.. kalau lauk ayam merah saja yang ada, aku x contact ko..
HAHAHAHA demand pule! aku blog takde.
ReplyDelete*raihan cute*
lupe nak cakap, aku bersyukur sebab malam tadi aku order yang agak banyak la jugak..kehkehkeh.
ReplyDeleteraihan tny die ke yg senyum cantik tu? hahahaha
ReplyDeleteahahaha.aku rasa iye.haha
ReplyDeletetetel tipu. aku tak tanya ok.
ReplyDelete*raihan*
raihan, sejak dah berpunya nih, blog pun dah tinggal ea..
ReplyDeleteain, order banyak ea.. lapar sangat kot?? patut la aku tengok nak carikkan cili dengan telur tu pun tak bermaya macam orang tak makan sepuluh hari..
tetel, jeng3.. siapa kah dia..?? hahaha
hahaha. aku tau dia tu raihan!
ReplyDeletehahaha..tula..x bermaya sungguh masa carikkan cili tu..
ReplyDeletehahaha...aku taw sebab pe ko tak bermaya sangat.. sbb makan tengahari tak cukup.. hehe...
ReplyDeletetetel: bukan raihan.
Tersangat la betul!!!lauk da hujung tanduk la katakan.wahahaha
ReplyDeletebukan raihan jadi ain lah! hahahaha. tukar gossip la lps ni
ReplyDeleteheheheh... kau rasa tekaan itu betul???
ReplyDeleteyakin! haha
ReplyDeleteala tetel..sebenarnya engkau!toksah nak babitkan aku pulak.haha
ReplyDeletetak. aku sure bukan aku. celah mane nk manis nye. haha. go ain! go ain!
ReplyDeleteentah tetel. yeye je dia tu. cakap je la diri sendiri. senang. haha
ReplyDelete*raihan*