Sunday, May 1, 2011

Lumrah Kehidupan

 
Lumrah berkasih, pasti ada pasang surutnya. Lumrah bercinta, pasti ada kecewa dan bahagia. Buat yang bahagia, semoga terus bahagia. Buat yang kecewa, usah terpuruk kerana cinta, kerana...

كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
 (سُوۡرَةُ البَقَرَة ,٢١٦)

" Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "

Dan usahlah merasa berat menanggung dugaan itu, kerana..

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرً۬ا كَمَا حَمَلۡتَهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ‌ۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ أَنتَ مَوۡلَٮٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ
( سُوۡرَةُ البَقَرَة,٢٨٦)

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

"Apabila cinta ada di hati yang satu, pasti juga cinta itu ada di hati yang lain, kerana tangan yang satu takkan bisa bertepuk tanpa tangan yang lain"
~Maulana Jalaluddin Rumi Muhammad bin Hasin al Khattabi al-Bakri~

Hidup mati jodoh pertemuan, semuanya di tangan Dia. Cinta itu, satu hari nanti, pasti akan tiba.

14 comments:

  1. cinta itu, suatu hari nanti, pasti akan tiba..:D

    ReplyDelete
  2. semoga kamu ditempatkan dikalangan kekasih-Nya akhi T_T ameen

    ReplyDelete
  3. U r among the bestfriends that i ever had.. Semoga ditempatkan di kalangan org yg beriman..

    ReplyDelete
  4. semoga di tempatkan dikalangan orang yg beriman. kebaikanmu sentiasa dikenang.

    ReplyDelete
  5. kamu.. tinggalkan kenangan di sini utk kami..

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah merahmatimu wahai mujahid muda, sesungguhnya Allah sangat mencintai mu...

    ReplyDelete
  7. Inna lillahi wa inna Ilaihi ra jiun

    ReplyDelete
  8. kata2 akhir allahyarham..
    " Hidup mati jodoh pertemuan, semuanya di tangan Dia. Cinta itu, satu hari nanti, pasti akan tiba."

    semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh

    ReplyDelete
  9. Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian..
    Sahabatku, aku doakan kesejahteraan engkau di sana.. Semoga Engkau tergolong dalam golongan yang Allah redha..

    ReplyDelete
  10. i envy you..
    you are very talented yet you have a humble heart..
    al-fatihah

    ReplyDelete
  11. you did a good job in this world

    al-Fatihah

    ReplyDelete