Sunday, April 24, 2011

Aku seorang Lifesaver

Kursus Penyelamat Kelemasan Malaysia (Bronze Medallion) 
vs 
Ekspedisi Gunung Chamah-Ulu Sepat 2011

Aktiviti mendaki gunung telah menjadi kegemaranku sejak dibangku sekolah menengah. Kenapa? kerana ketika disekolah dulu aku sering dilabel sebagai mandom, budak skema, budak study. Aku tak pernah melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Aku tak pernah turun main bola sepak ketika sesi riadah. Muka-muka ponteng kelas PJK. Muka-muka yang selalu kena didenda mengemas stor. Muka-muka yang selalu buat alasan demam, selesema dan sebagainya. Itu aku. Itu semua aku. 

Kemudian, apa kaitannya dengan mendaki gunung? Bila mendaki gunung, aku rasa senang. Aku rasa tenang. Aku rasa itu dunia aku. Aku boleh melupakan semua masalah yang membelenggu di bawah sana. Aku boleh melupakan semua kesibukan yang membebankan fikiran. Tetapi kali ini, aku terpaksa memilih antara ekspedisi mendaki gunung dengan kursus menjadi seorang lifesaver, kerana kedua-dua nya jatuh pada tarikh yang sama. Beberapa kali juga aku fikir, betul ke keputusan aku nie. Fikir..fikir..fikir.. Okay, aku pergi Lifesaver course, aku tak pergi Chamah-Ulu Sepat. That's it!

Aku sendiri pun tak tahu apa yang mendorong aku mengambil keputusan itu, tetapi aku sedih kerana tidak dapat mendaki bersama sahabat-sahabat ARC yang lain, yang pernah dulu kami berikrar untuk mendaki Chamah-Ulu Sepat bersama-sama. Tambahan pula pendakian ini adalah cadangan aku sendiri, kerana aku memang betul-betul mengidam untuk mendaki Chamah-Ulu Sepat. Aku sedar, dengan keputusan ini, aku mungkin masih boleh mendaki Chamah-Ulu Sepat pada masa akan datang, tetapi aku tidak mungkin boleh mendaki Chamah-Ulu Sepat bersama mereka lagi. Aku biarkan doa mengiringi perjalanan mereka ke sana. Dan kubiarkan mimpi membawaku mendaki bersama mereka. 

Aku di Kuantan, mengikuti Kursus Penyelamat Kelemasan Malaysia (Bronze Medallion) di Kolam Renang Wisma Belia, Indera Mahkota. Aku melangkahkan kaki ke kursus ini dengan tangan kosong. Tidak ada research di Internet tentang bagaimana latihannya. Tidak ada rough idea tentang bagaimana ujiannya. Tidak ada. Aku membayangkan ia adalah sesuatu yang senang and I would be able to handle it! 

Ternyata percaturan itu salah. Setiap kali permulaan latihan, kami disuruh warm up 400m freestyle. Tercungap-cungap, nafas tersekat-sekat, tersedak-sedak, terbatuk-batuk. Begitulah keadaan aku sepanjang sesi latihan. Terminum air tak payah cakaplah, memang banyak. Adakalanya aku rasa menyesal. Aku rasa aku telah membuat pilihan yang salah. Aku rasa air bukan tempat aku. Aku merindui sahabat-sahabat yang sedang mendaki gunung. Aku betul-betul ingin bersama mereka.

Namun aku tidak dapat mengubah apa-apa lagi. Aku hanya menurut segala apa yang ditetapkan dalam kursus itu, sekadar yang termampu. Aku berserah pada Allah, seandainya lulus, itu rezeki untukku, seandainya tidak, tidak mengapa, aku mohon dilapangkan dada untuk redha dengan takdir itu. Lalu dengan semangat yang masih tersisa, aku berpegang pada prinsip alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Perkara lain yang diuji dalam kursus itu:

Melakukan CPR dengan teknik DRABC.

Menyelamat dengan menggunakan pakaian.

Menyelamat dengan menggunakan tali.

Dengan berpakaian lengkap, masuk ke dalam air yang tidak diketahui, berenang 50m mendapatkan mangsa, tenteramkan mangsa, dekati mangsa dari belakang, dan tunda mangsa dengan cara chin-tow atau cross-chest dengan kemahiran mengundur sejauh 50m. 

Berenang sejauh 25m, menyelam dan cari objek pada kedalaman 1.8m, kemudian tunda mangsa sejauh 25m.

Menyelam sejauh 25m dibawah air. 

Straddle jump .
 
Menunjukkan cara melepaskan diri di dalam air.

Alhamdulillah, setelah segala susah payah diharungi, rezeki memihak kepada kami. Kesemua 6 lelaki dan 2 perempuan yang mengikuti kursus ini lulus. Ketika itu aku merasakan betapa agungnya Dia yang telah mengakhiri kisah ini dengan memberikan khabar gembira. 

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" 
 (Surah al-Insyirah, 5-6)










Ini semua gambar yang diambil selepas tamat kursus. Sebab itulah semua orang nampak happy. Heheh. Chamah-Ulu Sepat? Tak mengapa, takdir telah tertulis sebegitu, pasti ada hikmah disebalik segala yang berlaku. Walaupun aku tidak dapat mendaki bersama sahabat-sahabat ARC, aku tetap boleh menumpang kegembiraan mereka, rasa bangga mereka, rasa puas mereka.. kerana jiwa kami sememangnya begitu.

9 comments:

  1. wuwu. tahniah adha!! congrats. terkejut jugak adha xpegi CUS. tp xpe. g ngan team lain je nnt. hehe. lifesaver ni nnt bleh keje kat UIA kan? masyuk la.

    ReplyDelete
  2. xpe2..next time blh g CUS..insyaAllah CUS waiting for u :))

    ReplyDelete
  3. erm..insyaAllah, leh la jd life guard kat kolam uia tu nnt.. hehe.. hurm jom la kite2 plak yang pegi CUS jom!!

    ReplyDelete
  4. al-Fatihah
    moga roh arwah dicucuri rahmat
    ~amin

    ReplyDelete
  5. "Aku rasa air bukan tempat aku".. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  6. "Chamah-Ulu Sepat? Tak mengapa, takdir telah tertulis sebegitu, pasti ada hikmah disebalik segala yang berlaku. Walaupun aku tidak dapat mendaki bersama sahabat-sahabat ARC, aku tetap boleh menumpang kegembiraan mereka, rasa bangga mereka, rasa puas mereka.. kerana jiwa kami sememangnya begitu."
    Semoga Allah ampunkan segala dosa kau, Adha.

    ReplyDelete